mukadimah!
![]() Tagboard
maaf, chatbox saya masih dalam proses
My Melody Visit dem' The Mastermind |
Beriadah Bersama Kawan-kawanku
Assalamualaikum... Hai...saya kembali hari ini untuk entry yang kedua..hahaha...Amboi cik ain..rajin sungguh aihh update blog...huhu.. Bukan apa..ari ni saya ada cerita nak tempek kat sini..weee~ Hujung minggu macam ni semestinya masing-masing ada aktiviti yang nak dibuat. Tak kisah la yang dah berkahwin, ada family, yang bujang, yang couple, ni la masa yang sesuai untuk diluangkan bersama dengan yang tercinta. Setiap petang di kawasan Tasik Darulaman, Jitra (TDJ) pasti akan ramai dengan kehadiran orang ramai samada ibu bapa, para pelajar dan pemuda pemudi yang bercinta dan tak ketinggalan yang datang untuk melepaskan tension. Nak dijadikan cerita, sepatutnya pada pukul 3.00 petang saya bersama-sama rakan sekelas perlu berkumpul di TDJ untuk membuat perbincangan tentang projek audit. Tetapi atas sebab-sebab tertentu saya telah lewat selama hampir 2 jam setengah minit!! Maaf ya kawan-kawanku saya ada masalah yang tak dapat dielakkan. Sory sangat-sangat. Okeyh!! Tepat jam 5.40 petang baru saya sampai...huahuahuaaaa. (Kawan-kawan!! saya bukan mungkir janji ok. Sebenarnya saya pun tak tahu pukul berapa discussion tersebut. Jadi saya pon tak buat sebarang janji) Selepas kira-kira 15 ke 30 minit..kitorang pon bersurai..masing-masing buat agenda sendiri. Nak tahu apa yang saya n the geng buat??? Taraa!!!! Tengok la...huhu
|