// Miss AinHafiqhin !

mukadimah!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
ANYEONGHASAYO, SELAMAT DATANG KE BLOG INI




Tagboard


maaf, chatbox saya masih dalam proses

My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

Bicara Malam
Malam yang sunyi tanpa ada sebarang gangguan..
Tanpa ada bunyi cengkerik mahupon cicak yang ingin mencari pemangsanya..
yang hanya kedengaran sekali sekala adalah bunyi perhiasan yang tergantung di luar rumah..
menandakan angin hanya datang dan kemudian pergi 
tanpa sempat untuk aku menikmati angin malam ini.
Jam menunjukkan ke angka 12..
mungkin penghuni dikawasan perumahan ini sudah masuk ke sangkar..
Hanya sesekali terdengar bunyi enjin motor keluar dan masuk..
Bertapa damainya malam ini..
Langit kelihatan gelap tanpa kehadiran bintang..
Macam mana keadaan langit sekarang? Mungkin nampak tenang tapi di atas sana mungkin taufan sedang melanda..

Sunyi dan sepi...
Sepertimana suasana malam ini..begitu juga dengan hatiku ini..
Disebalik riak muka yang riang dan gembira
Tiada siapa boleh membaca gelodak di jiwa aku sekarang ini..
Mungkin ada yang tahu tapi mungkin mereka tidak akan faham apa yang aku rasakan..

Disaat cintaku mulai mekar untuk dirimu..
Disaat kasihku mulai mengharum untukmu..
Disaat rinduku mulai bercambah untuk dirimu..
Perpisahan yang kau pinta dariku..

Dan kerana cinta aku lepaskan kau pergi..
Kerana kasih aku biarkan kau berlalu pergi..
Kerana aku tahu aku tidak mempunyai hak untuk menghalang kau melangkah pergi..
Aku hanya insan biasa yang  mungkin tidak sempurna dimata kamu..

Maafkan diriku kerna ku telah terbuai akan indahnya cinta.