// Miss AinHafiqhin !

mukadimah!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
ANYEONGHASAYO, SELAMAT DATANG KE BLOG INI




Tagboard


maaf, chatbox saya masih dalam proses

My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

Fibroid
Fibroid? apa tu fibroid?
Kawan-kawan..penah dengar tak? Apa punca fibroid?
Meyh sini kita kongsi sama-sama info yang berguna ni..
Hmm..macam mana tiba-tiba cik ain boleh nak post entry pasal kesihatan nie?
Secara tak sengaja,tengah cik ain duk pikir pasal tajuk post entry kali ni..
Tiba-tiba ja Encik MF suruh saya tengok Wanita Hari Ini..tajuk segmen kesihatan hari ni "Sejuk? Punca Fibroid". Okey..jom kita sama baca untuk masa depan terutama pada orang perempuan..sebab fibroid ni selalu terjadi pada wanita.

Apa itu fibroid?
Fibroid adalah sejenis ketumbuhan yang berasal dari tisu pada rahim. Apabila ia membesar, fibroid boleh memberikan pelbagai masalah kepada wanita seperti, menghimpit pundi kencing, mengalami haid yang banyak, sakit samasa haid dan sakit semasa bersama dan sebagainya. Ia boleh tumbuh sehingga sebesar biji bola tapi ia bukan sejenis kanser.

Kebanyakkan simptom yang dihadapi oleh wanita ialah kerap kencing, sembelit, sakit haid, darah haid yang banyak. Kadang-kadang dia boleh menghadang pintu rahim dan sekiranya wanita tersebut hamil, beliau terpaksa bersalin secara pembedahan ceasarean.



Macam mana seseorang boleh menghidapinya?
Fibroid adalah kejadian yang kerap terjadi iaitu pada 25% kaum wanita tetapi setakat ini kita tidak dapat pastikan bagaimana ia terjadi. Walaubagaimanapun, kehadiran hormon estrogen berkait rapat dengan pembesaran fibroid. Fibroid terjadi kebanyakkan pada mereka yang berusia 30-40 tahun iaitu dalam usia reproduktif. Apabila umur semakin meningkat dan takat estrogen yang semakin rendah, fibroid juga akan susut secara sendirinya.



Apakah simptom yang dihadapi wanita?

Kebanyakkan wanita tidak mengetahui mereka mempunyai fibroid kerana ia jarang memberikan masalah tetapi sekiranya ia terlalu besar dan berada pada ruang saluran, pesakit akan mengalami:
~Sakit semasa haid (senggugut)
~Sakit belakang
~Haid yang banyak
~Sembelit
~Kencing kerap
~Keguguran yang kerap
~Sukar mengandung

Bagaimana fibroid dirawat?
Kebanyakkan fibroid tidak memerlukan rawatan tetapi doktor anda akan mempertimbangkan atau menyarankan rawatan bergantung kepada:
Sebanyak mana haid dan sakit senggugut yang anda hadapi
Berapa cepat fibroid tersebut membesar
Usia anda kerana fibroid akan mengecil apabila mencapai usia menopos
Keinginan anda untuk mendapatkan anak, kerana fibroid boleh menyebabkan ketidaksuburan dan kesukaran untuk mengandung
Sekiranya anda memang memerlukan rawatan, terdapat dua jenis pembedahan yang akan disarankan. Satu dinamakan myomectomy dimana ketumbuhan itu sahaja yang akan dibedah dan dibuang oleh doktor, manakala hysterectomy pula adalah pembedahan membuang kesemua rahim dan selalunya dibuat kepada wanita yang hampir mencapai usia menopos dan mereka yang tidak lagi mahukan anak.

Bagi mereka yang masih inginkan zuriat, myomectomy adalah pilihan terbaik. Walaubagaimanpun, risiko pendarahan semasa pembedahan adalah lebih tinggi tinggi berbanding hysterectomy.

Ada juga ubat yang boleh mengecutkan fibroid tetapi ia mempunyai kesan sampingan dan keberkesanannya pula tidak begitu memuaskan kerana fiboid akan tumbuh semula selepas ubat tersebut habis dimakan.

Selepas myomectomy, terdapat 25% risiko untuk fibroid membesar semula dalam masa 10 tahun. Satu -Satunya prosedur yang boleh memastikan yang fibroid tidak tumbuh semula ialah melalui hysterectomy.

Macam mana nak menghalang?
Malangnya tiada cara yang boleh kita hindari untuk mengelak dari fibroid kerana ia tiada kaitan dengan pemakanan atau gaya hidup dan ia juga bukan sejenis penyakit keturunan.



So..kawan-kawan lepas ni kita kena alert tentangg kesihatan. Sementara muda ni..jagalah diri kita baik-baik. Moga bila tua nanti xda penyakit..(^_^)