// Miss AinHafiqhin !

mukadimah!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
ANYEONGHASAYO, SELAMAT DATANG KE BLOG INI




Tagboard


maaf, chatbox saya masih dalam proses

My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

Valentine. Perlukah disambut?
Assalamualaikum..hai kawan-kawan....
Mesti korang dah tahu npa sya letak pic nie kan3?? Mentang-mentang la 14 Februari dah nk dekat...huhu
kalu dah tahu...bagus..sya taw..kawan2 sya nie...semua pandai2 belaka....^_^

Ramai yang dah tahu kan npa hari Valentine nie disambut? Mungkin da juga antara korang yg tak tahu...
Meyhh sini...mari kita sma2 mengingatkan diri masing-masing..
Saya nak cakap lebih2 pon tak boleh...sebab sya pon manusia juga..saya hanya amek ini sbg panduan dan sempadan pada diri saya juga...=)
Dari mna datangnya nma Valentine dan kenapa pasangan kekasih akan sambut hari tersebut...14 Februari setiap tahun..
Kat sini saya ada terjumpa serba sikit tentang sejarah Hari Kekasih...


Versi 1
Ia diraikan sempena memperingati paderi Kristian bernama Pedro St. Valentino. Dia aktif menyebarkan agama Kristian pada zaman pemerintahan Rom yang pada masa itu diperintah Claudius II. Raja Rom ini memenjarakan orang Kristian kerana mereka mengamalkan agama yang bertentangan dengan agama kuno Romawi. Oleh kerana Valentine salah seorang penyebar agama Kristian, dia ditangkap dan diseksa di dalam penjara.
Namun sepanjang di dalam penjara pun, Valentine tetap sebarkan agama Kristian kepada banduan-banduan. Raja Rom mengetahui kegiatan Valentine dan memerintah Valentine dihukum bunuh pada 14 Februari. Lantaran itu, orang Kristian memandang mulia kepada Valentino kerana kesanggupan mengorbankan nyawa kerana kepercayaan, kecintaannya terhadap syiar agama Nasrani iaitu agama Kristian. Malah sehingga mereka menyamakan Valentino seperti Nabi Isa.
Sumber-sumber menyatakan, ketika St. Valentine dalam penjara, beliau jatuh cinta pada anak seorang pegawai penjara. Kesalahan ini menyebabkan beliau boleh dibunuh, tetapi sebelum itu Raja Claudius II memberi kepadanya pilihan, sama ada meninggalkan agama Kristian yang dianutinya atau menerima hukuman bunuh. Beliau rela dibunuh, tetapi sebelum itu beliau sempat menulis surat cinta kepada gadis tersebut dengan menurunkan tanda tangan From your valentine (Daripada Valentinemu).
Sejak peristiwa itu, orang Kristian mengambil sempena 14 Februari pada setiap tahun untuk merayakan hari kasih sayang bagi memperingati hari kematian St. Valentine, paderi kesayangan mereka.
Versi 2
St. Valentine dibunuh kerana mengahwinkan ramai pemuda secara rahsia sedangkan undang-undang Rom pada ketika itu menghalang pemuda-pemudanya berkahwin dan berkeluarga. Mereka dikerahkan untuk menjadi tentera sahaja. Perbuatan ini mendatangkan kemarahan Raja Rom dan ditangkap dan dijatuhkan hukuman gantung pada 14 Februari 269 Masihi.

Versi 3
Ia dirayakan sempena kejatuhan Islam di Cordova, Sepanyol. St. Valentine merupakan orang yang memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Islam pada masa itu.
Dengan jasanya itu, Valentine dianggap sebagai kekasih rakyat. 14 Februari 1492 adalah tarikh kejatuhan Islam di Sepanyol dan dianggap pada hari itu hari kasih sayang kerana mereka menganggap Islam adalah agama yang zalim.
Bayangkan kalau kita meraikan hari tersebut..adakah ini bermakna kita telah menyambut hari kejatuhan Islam? Na'uzubillah..minta2 ia dijauhkan dari kita semua..

Kenapa kita mesti pilih satu hari untuk sambut Hari Kekasih 
sedangkan kita boleh sambutnya hari2 dengan syarat pasangan kita tue mestilah halal buat kita di sisi agama...weeee~ 
Bila dah halal...suka hati korang la nk romantik mcm mna pon...xda sapa nk larang..^_^

(p/s :: entry ini adalah untuk mengingatkan diri sya dan juga kawan2  sebab kita adalah manusia biasa yg tak pernah lari dari buat kesilapan. Mencegah lebih baik drp merawat. =) )