// Miss AinHafiqhin !

mukadimah!

Welcome to my blog, beautiful strangers. Drop nice words here. Follow me okeyh? :D. 
ANYEONGHASAYO, SELAMAT DATANG KE BLOG INI




Tagboard


maaf, chatbox saya masih dalam proses

My Melody


Visit dem'




The Mastermind

Basecode: Lurve
Editor: Nana Euphemia
Other:

How To Make A Spaghetti
Assalamualaikum semua..wahai kawan-kawanku..Kali ini entry saya berasakan masakan.
Cewah..cik ain nak jadi chef sekejap..huhu
Hari ni saya nak tunjukkan pada korang macam mana nak masak kuah spaghetti.
Pada korang yang dah tahu tu..abaikan je..
Nak masak kuahnya sonang jo..ada bahan boleh la korang buat..
Yang tak tahu masak pon boleh buat...serius saya cakap..sebab nak masak dia simple je..campak je dalam periuk..nnt jadi laa rupa kuah spagheti tu

Okeyhh...lets start our receipe
Bahan-bahan yang diperlukan adalah..
1 biji bawang besar
Cili Kering (dikisar)
3 biji tomato
2 tin sos spagheti
Daging yang telah cincang

Tengok...sikit je bahan-bahan dia..tak banyak pon..

Apa yang perlu korang buat?
Langkah pertama
Potong secara dadu bawang besar dan buah tomato.
Langkah kedua
Panaskan minyak dan tumiskan bawang.
Langkah ketiga
Bila bawang dah naik bau..masukkan cili yang telah dikisar. Cili tu korang agak sendiri la. Kalu nak pedas lebihkannya.
Langkah keempat
Kemudian masukkan daging yang telah dicincang. Kalau rasa malas pegi beli daging kisar Ramlee tu. Kalau tak suka daging korang ganti dengan ayam. Pastikan ia juga dipotong kecil-kecil/dadu 
Langkah kelima
Setelah korang pasti daging/ayam tue dah masak..korang masukkan sos spagheti tu. Ikot suka korang la nak pilih sos mana pon..tapi saya cadangkan ambil yang tradisional pastu campur dengan mana-mana sos Prego. Ohh yaa...sebelum terlupa masukkan sedikit garam.

Ni antara jenis sos yang ada dipasaran.

Langkah Enam
Selepas kuah tersebut agak nak mendidih korang masukkan tomato yang telah dipotong dadu.
Kalau tak suka buah tomato tak payah masukkan.
Langkah Tujuh
Bila dah kuah tu masak korang tutup api. Siap untuk dihidang.

Selamat mencuba kawan-kawan ^_^

Sory...gambar spagheti yang saya masak tak de. Next time bila saya masak sya upload kat sini ya..hehehe