mukadimah!
![]() Tagboard
maaf, chatbox saya masih dalam proses
My Melody Visit dem' The Mastermind |
Saya Sedih Saya Sebak
Hari ini hari Jumaat..hari yang sangat indah dan merupakan penghulu segala hari.. Seperti biasa..pagi lagi cik Ain bangun...cewahh...dengar macam bangun awal je kan? hahaha Pagi-pagi ni tengok Nasi Lemak Kopi O pon best..dapat jg info berguna.. Sambil tangan ni bergerak kiri kanan duk iron kain..mata duk jeling tv kat depan tu.. Sampai segmen pasal apa yang menarik dalam newspaper hari ni yang dikendalikan Kak Farah Diba.. Tengah Kak Farah cerita apa yang ada dalam paper hari ni,tiba-tiba Kak Farah cakap "ni yang tak suka baca ni. Saya pon pasti penonton-penonton pon tak suka." Heran saya, napa Kak Farah cakap macam tu. Rupa-rupanya... KLANG: Seorang pekerja pembersihan sebak sejurus menyedari bungkusan plastik yang disapunya di lantai gerabak komuter, rupa-rupanya mengandungi mayat bayi lelaki baru dilahirkan dan masih bertali pusat. (petikan dari keratan akhbar) Astaghfirullahal'azim..mengucap saya dalam hati..sedih saya mengenang nasib baby tersebut diwaktu saat-saat terakhirnya. Lebih menyedihkan bayi lelaki tersebut dibungkus dengan kain selimut dengan corak bunga berwarna hijau dan didalam plastik tersebut turut mengandungi sejadah dan juga Yasin. Sebak saya membaca berita hari ini. Kenapa si ibu perlu meletakkan sejadah bersama yasin kalau niat memang nak buang bayi tersebut? Mungkinkah si ibu tiada tempat untuk mengharap dan tiada tempat untuk meluahkan perasaan? Adakah kehadiran bayi tersebut disedari oleh ahli keluarga yang lain? Sebenarnya siapa yang harus dipersalahkan? Adakah si ibu sahaja?? |